Tuesday, April 17, 2012

MONAVIE :)

Salam sejahtera buat sahabat2ku sekalian,,

sebelum saya pergi jauh,,saya ingin menanyakan satu soalan buat kalian..? adakah anda semua pernah mendengar tentang produk monavie ini?
Monavie merupakan minuman kesihatan yang terhasil daripada gabungan 19 jenis buah-buahan yang paling berkhasiat di dunia dan ianya membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita.

Monavie juga adalah makanan tambahan yang menghasilkan unsur-unsur antioksidayang tinggi dan berupaya melawan, mengurang serta menyahkan radikal-radikal bebasyang terdapat di dalam badan kita.
Di samping itu, Monavie turut membekalkan nutrien-nutrien yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain untuk memberi dan membekalkan tenaga yang optimun untuk badan kita.
Khasiatnya telah diperakui oleh ramai pakar-pakar pemakanan terkenal dunia serta mendapat liputan-liputan yang meluas terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.
Kajian menunjukkan ramai orang yang mengamalkan jus herba atau makanan tambahan yang lain akan bertukar dan beralih arah kepada Monavie setelah mula meminumnya.
Monavie mengandungi khasiat-khasiat berikut:
1. Vitamin
2. Phytonutrients
3. Dietary Fiber
4. Trace Mineral
5. Complex Carbohidrat
6. Amino Acid / Protein (menyerupai Profil Telur)
7. Omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma)
Ramai yang telah sembuh daripada pelbagai penyakit kronik yang dialami setelah meminum Monavie. Antara penyakit kronik tersebut adalah seperti berikut:
1. Susah tidur malam.
2. Sakit sendi/sakit urat/sengal-sengal badan.
3. Lemah lutut.
4. Kanser.
5. Sakit jantung.
6. Strok/Lumpuh.
7. Kencing manis.
8. Masalah buah pinggang.
9. Darah tinggi.
10. Gout.
11. Kolesterol tinggi.
12. Penyakit kulit.
13. Gatal-gatal.
14. Letih/lesu.
15. Resdung
16. Ekzema.
17. Sakit belakang.
18. Asma.
19. Haid tidak teratur.
20. Sembelit.
21. Buasir.
22. Gastrik.
23. Jangkitan Faraj.
24. Alahan.
25. Kejang otot.
26. Awet muda
27. Meningkatkan tenaga batin/Masalah Seks/Masalah Kelelakian.

28. Keputihan/Masalah Wanita.

29. Masalah saraf

30. Parkinson 

31. Penyakit gusi.

32. Demam

33. Pelbagai penyakit lain.

Kesimpulannya, Monavie merupakan minuman kesihatan yang telah TERBUKTI dapat:
i.    Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit.
ii.   Meningkatkan tenaga badan pada tahap yang optimum.
iii.  Mencegah dan menghapuskan radikal bebas.
iv.  Sumber Antioksida yang paling bagus.
v.   Meningkatkan proses metabolisme.
vi.  Membantu mengatasi masalah kewanitaan.
vii. Membantu mengatasi masalah kelelakian.
INSYAALLAH,,dengan izin ALLAH dan sekiranya anda yakin dengan produk ini,,,kesihatan anda pasti terjamin,,
jika berminat,,sila hubungi saya musyazwani isahak 0136810050

Tuesday, April 3, 2012

jarak itu menjaga aku dan si dia..~

semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia

kini aku mengerti,,biarlah dia menuntut ilmu terlebih dahulu..sebelum kami disatukan ilahi.insyaallah..
syukran albinadakminsabahiah..:)