Monday, June 11, 2012

DAKWAH DAN JEMAAH..wajib ke??

بسم الله الرحمن الرحيم

segala pujian buat NYa yang menciptakan tubuh,mata,mulut dan segala yang ada di jasad ku

ini,,sungguh aku bertuah dan bersyukur diciptakan begitu sempurna sifatnya..

insyaallah 12/6 adalah tarikh first day aku mula final exam,,

di mulakan dengan subjek dakwah dan kami dididik oleh Dr Kamaluddin :)
(terima kasih doktor,kerana mendidik kami dengan penuh sabar dan hebat sekali)

subjek dakwah ini,,membuatkan aku tertanya2..adakah aku melihat dan mempelajarinya

kerana peperiksaan..?? atau kerana ALLAH??

pabila sahabat ku ada menegur,,tentang pembacaan aku dalam buku note 

#eh,,baca soalan je laaa,,tak yah la baca buku sgt,,fhmkn soalan..

tapi..

bagi aku..aku nak faham betul2..biar orang tanya aku mampu kongsikan,,dan pabila 

ALLAH tanya diakhirat kelak tentang tanggungjawab ku di dunia..

aku mampu,,insyaallah..

aku membelek2 setiap nota yang telah diberikan oleh doktor..

ALLAH..sama dengan apa yang telah ALLAH katakan dalam surah  al imran ayat 104

tentang KEWAJIPAN BERDAKWAH.. firman ALLAH :

ولْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ 

عنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


yang membawa maksud 


 "dan hendaklah ADA dikalangan kamu orang yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan mereka adalah orang-orang yang BERUNTUNG"


tapi bagaimana pelaksanaanya??


kalangan itu membawa maksud seperti ramai..ini bermaksud menjurus kepada JEMAAH..~
  
tetapi jemaah bagaimana yang harus dipilih..? jemaah menyampaikan? jemaah pendidikan? atau bagaimana? 


sudah pastinya jemaah islam yang mampu menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH..~


Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan.

Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalah mustahil untuk laksanakan


 hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.


berbalik kepada ayat 104 tadi,,


Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas 


bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar 


sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu 


yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang


 ada pada diri seseorang.


ALLAH berfirman lagi didalam surah assoff ayat 4 


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ


yang membawa maksud

"sesungguhnya ALLAH menyukai kepada orang-orang yang berjihad dijalannya didlam 

Barisan seolah-olah bangunan yang tersusun kukuh"

Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan 

kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya 

yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.


RASULULLAH S.A.W juga menyebut tentang KEWAJIPAN BERJEMAAH ini,,

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu 

rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

dan 

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah 

kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”


#semoga entri kali ini memberikan ibrah buat kita akan kepentingan berjemaah..ia nya bukan untuk kaum muslimin sahaja...ia nya juga untuk kaum muslimat yang menjadi tunggak kejayaan seorang muslimin...


bagaimana kejayaan rasulullah ?? siapakah yang mendorong dibelakangnya..?

siapakah saidina ALI sekiranya tanpa saidatina fatimah disisi??

renung sejenak..bawa lah diri kita kepada ilahi..

teringat aku akan ayat ini,, 

SESUNGGUHNYA TANGAN ALLAH (KUASA) BERSAMA MEREKA YANG BERJEMAAH

wallahualam,,

sesungguhnya ilmu itu milik ALLAH

Friday, June 8, 2012

kahwin muda??



Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih belajar. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.
Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.
Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.
Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.
Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?
Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



edit by PDH
diarihati.blogspot.com

Tuesday, May 29, 2012

perkongsian

http://sabahanmuslim.blogspot.com/2010/05/adakah-hatiku-terjaga.html

satu perkongsian sgt2 hebat dari seorang sahabat nun jauh di sabahan..,,

semoga terus thabat dalam perjuangan,,

insyaallah,,semoga ia nya bermanfaat buat SA dan sahabat2 yang lain,,amin :)

Monday, May 28, 2012

uJiAn iTu~

ya allah ya rahim,,

ujian

meminta untuk hambaMu tabah dan kuat

ujian

meminta untuk hambaMU selalu mengadu kepadaMu

ujian 

kerana Kau rindukan Aku,,aku,,yang sudah lama tidak duduk sujud mengadu kepadaMu..

tangan ini lama tidak menadah kepadaMu,,

mata ini lama tidak menitiskan air mata penyesalan kepada Mu,,


ALLAH,,bila kau uji aku,,maknanya Kau juga menguji sahabat2ku,,

ALLAH, Kau sayang kami,,sebab itu Kau kurniakan ujian..

ALLAH, Kau kurniakan lah syifa buat sahabat ku,,azimatul farhana..walaupun kami tidak rapat,,

tapi dia juga sahabatku,,dia juga mengembirakan aku dikala sedih..kini dia bersama sahabat sejati

yang sanggup korbankan masa,tenaga buatnya,,maka ya ALLAH Kau kurniakanlah kerahmanatan buat sahabat2 yang membantunya,,

ALLAH,,

ujian aku pula,,semakin hari makin lapang,,aku tahu,,Kau uji kerana mahu aku terus mengingatiMu,,ALLAH aku cinta ujian ini,,ini bermakna,,aku mencintaiMu ALLAH..


A014

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".


ya ALLAH,,Kau maha melindungi hambaMU ini,,maka Kau lindungilah aku dari syaitan yang direjam ini,,agar aku terus bersama dengan cintaMu ALLAH..


Monday, May 14, 2012






Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
  • Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
  • Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
  • Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

walaupun aku hanya mampu 'copy' n 'paste' untuk post kali  ni,tapi ia benar-benar membuatkan aku tersentuh dan menitiskan air mata ini,,sungguh 'jarak' ini membuatkan aku bergantung harap pada ALLAH...
ya ALLAH kau tempat aku bergantung,,tautkan lah hati kami..
halalkan kami dengan segera ya ALLAH..kau maha PENYAYANG..:)
#Qalbinadakminsabahiah#

Sunday, May 13, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم 

tahniah dan takziah buat sahabat-sahabat yang telah terpilih ALLAH untuk bersama-sama 


kita memimpin sahabat-sahabat kita yang lain,




sahabat, teringat diri ini akan pesan nabi Muhammad SAW, baginda berpesan :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829


sahabat, ingat tanggungjawab yang kita pikul ini adalah amanah dari ALLAH..kenapa dan 


mengapa kita dipilih ALLAH? kerana ALLAH tahu,kita mampu untuk memikul 


tanggungjawab ini.




juga,  telah berkata Muhammad bin Jumadah, dari A'tiah, dari Abi Sa'id Al Khudri Marfu'an :( 


Sepedih-pedih azab keatas manusia di hari akhirat pemimpin yang zalim ) Al 


tarmizi : 1329, Ahmad:3/22 




sahabat, beringat sebelum terkena, kalian dipilih bukan kerana rupa,harta mahupun
kepintaran ataupun sebagainya. tetapi kalian dipilih untuk menjadi yang terbaik dan 


menjadi CONTOH YANG TERBAIK dihadapan sahabat-sahabat yang lain.

tersentuh hati ini, bila ada sahabat yang berkata ' Musyaz dan sahabat-sahabat AJK yg lain 

mampu membawa kami ke jalan yang baik ' insyaallah sahabat ku sekalian,kita mampu ! 


pemimpin mestilah mempunyai penampilan dan ciri-ciri yang baik 

1. JUJUR

seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh yang terbaik. pemimpin dan kata-

katanya sentiasa selari dengan perbuatannya.

2.INSPIRASI 

setiap ahli akan merasa 'selamat' jika pemimpinnya membawa mereka pada rasa yang selesa 

dan selamat 

3.SABAR 

setiap yang memimpin dan dipimpin haruslah mempunyai sifat sabar yang tinggi. tidak 

perlu melihat jauh, cukuplah kita menjadikan RASULLULAH untuk dijadikan contoh

Sungguh! nabi adalah qudwah hasanah!! 

4.RENDAH HATI

pemimpin itu haruslah sentisa merasakan rendah hati dan sentiasa bersedia untuk 

mendengar permasalahan ahli dan sahabat-sahabat lain,insyaallah :)

5.SENTIASA BERMESYUARAH

segala masalah yang dihadapi haruslah di bawa berbincang bersama ahli, ini kerana masalah akan menjadi "ringan" dan mampu dipikul seandainya di'bawa' bersama2.. :) 



oleh itu sahabat yang telah dipilih ALLAH marilah kita membawa ahli kita bersama-sama ke 

syurga ALLAH  dengan baik,,insyaallah..salam perjuangan buat sahabat2ku,,sayang antum 

kerana ALLAH..

~serikandialfatehqalbinadakminsabahiah:)~








Monday, May 7, 2012




Khas buat insan yang akan menemani ku hingga ke akhirnya yang bergelar suami;
Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku…
Aku akan menjaga setiap tutur kataku…
Aku akan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain…
Insya Allah…
Aku akan berhias tuk dirimu…
Aku akan menjaga makan minummu…
Aku akan menjadi permaisuri hatimu…
Insya Allah…
Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu…
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu…
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu…
Insya Allah…
Tapi…berjanjilah untuk membawa aku bersamamu menuju Syurga
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku…
Kau menyayangiku apa adanya…
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL…
Insya Allah…
Dari kata hati seorang wanita :
Tak minta yang SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat…
Tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH…
Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada…
Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan…
Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA…
Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya …
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina…
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia…
Sesungguhnya tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensolehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soleh diri mu andai solehah ku tidak setanding dengan kesolehan mu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari diri mu.

insyaallah ALLAH,,pasti yang terbaik,albinadak :)