Sunday, May 13, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم 

tahniah dan takziah buat sahabat-sahabat yang telah terpilih ALLAH untuk bersama-sama 


kita memimpin sahabat-sahabat kita yang lain,




sahabat, teringat diri ini akan pesan nabi Muhammad SAW, baginda berpesan :( Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas apa yang dipimpin nya) Al Bukhari: 893 Muslim: 1829


sahabat, ingat tanggungjawab yang kita pikul ini adalah amanah dari ALLAH..kenapa dan 


mengapa kita dipilih ALLAH? kerana ALLAH tahu,kita mampu untuk memikul 


tanggungjawab ini.




juga,  telah berkata Muhammad bin Jumadah, dari A'tiah, dari Abi Sa'id Al Khudri Marfu'an :( 


Sepedih-pedih azab keatas manusia di hari akhirat pemimpin yang zalim ) Al 


tarmizi : 1329, Ahmad:3/22 




sahabat, beringat sebelum terkena, kalian dipilih bukan kerana rupa,harta mahupun
kepintaran ataupun sebagainya. tetapi kalian dipilih untuk menjadi yang terbaik dan 


menjadi CONTOH YANG TERBAIK dihadapan sahabat-sahabat yang lain.

tersentuh hati ini, bila ada sahabat yang berkata ' Musyaz dan sahabat-sahabat AJK yg lain 

mampu membawa kami ke jalan yang baik ' insyaallah sahabat ku sekalian,kita mampu ! 


pemimpin mestilah mempunyai penampilan dan ciri-ciri yang baik 

1. JUJUR

seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh yang terbaik. pemimpin dan kata-

katanya sentiasa selari dengan perbuatannya.

2.INSPIRASI 

setiap ahli akan merasa 'selamat' jika pemimpinnya membawa mereka pada rasa yang selesa 

dan selamat 

3.SABAR 

setiap yang memimpin dan dipimpin haruslah mempunyai sifat sabar yang tinggi. tidak 

perlu melihat jauh, cukuplah kita menjadikan RASULLULAH untuk dijadikan contoh

Sungguh! nabi adalah qudwah hasanah!! 

4.RENDAH HATI

pemimpin itu haruslah sentisa merasakan rendah hati dan sentiasa bersedia untuk 

mendengar permasalahan ahli dan sahabat-sahabat lain,insyaallah :)

5.SENTIASA BERMESYUARAH

segala masalah yang dihadapi haruslah di bawa berbincang bersama ahli, ini kerana masalah akan menjadi "ringan" dan mampu dipikul seandainya di'bawa' bersama2.. :) 



oleh itu sahabat yang telah dipilih ALLAH marilah kita membawa ahli kita bersama-sama ke 

syurga ALLAH  dengan baik,,insyaallah..salam perjuangan buat sahabat2ku,,sayang antum 

kerana ALLAH..

~serikandialfatehqalbinadakminsabahiah:)~








No comments:

Post a Comment