بسم الله الرحمن الرحيم
segala pujian buat NYa yang menciptakan tubuh,mata,mulut dan segala yang ada di jasad ku
ini,,sungguh aku bertuah dan bersyukur diciptakan begitu sempurna sifatnya..
insyaallah 12/6 adalah tarikh first day aku mula final exam,,
di mulakan dengan subjek dakwah dan kami dididik oleh Dr Kamaluddin :)
(terima kasih doktor,kerana mendidik kami dengan penuh sabar dan hebat sekali)
subjek dakwah ini,,membuatkan aku tertanya2..adakah aku melihat dan mempelajarinya
kerana peperiksaan..?? atau kerana ALLAH??
pabila sahabat ku ada menegur,,tentang pembacaan aku dalam buku note
#eh,,baca soalan je laaa,,tak yah la baca buku sgt,,fhmkn soalan..
tapi..
bagi aku..aku nak faham betul2..biar orang tanya aku mampu kongsikan,,dan pabila
ALLAH tanya diakhirat kelak tentang tanggungjawab ku di dunia..
aku mampu,,insyaallah..
aku membelek2 setiap nota yang telah diberikan oleh doktor..
ALLAH..sama dengan apa yang telah ALLAH katakan dalam surah al imran ayat 104
tentang KEWAJIPAN BERDAKWAH.. firman ALLAH :
ولْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ
"dan hendaklah ADA dikalangan kamu orang yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. dan mereka adalah orang-orang yang BERUNTUNG"
tapi bagaimana pelaksanaanya??
kalangan itu membawa maksud seperti ramai..ini bermaksud menjurus kepada JEMAAH..~
tetapi jemaah bagaimana yang harus dipilih..? jemaah menyampaikan? jemaah pendidikan? atau bagaimana?
sudah pastinya jemaah islam yang mampu menegakkan DAULAH ISLAMIYYAH..~
Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan.
Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalah mustahil untuk laksanakan
hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.
berbalik kepada ayat 104 tadi,,
Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas
bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar
sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu
yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang
ada pada diri seseorang.
ALLAH berfirman lagi didalam surah assoff ayat 4
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
yang membawa maksud
"sesungguhnya ALLAH menyukai kepada orang-orang yang berjihad dijalannya didlam
Barisan seolah-olah bangunan yang tersusun kukuh"
‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan
kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya
yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.
RASULULLAH S.A.W juga menyebut tentang KEWAJIPAN BERJEMAAH ini,,
“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu
rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”
dan
“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah
kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”
#semoga entri kali ini memberikan ibrah buat kita akan kepentingan berjemaah..ia nya bukan untuk kaum muslimin sahaja...ia nya juga untuk kaum muslimat yang menjadi tunggak kejayaan seorang muslimin...
bagaimana kejayaan rasulullah ?? siapakah yang mendorong dibelakangnya..?
siapakah saidina ALI sekiranya tanpa saidatina fatimah disisi??
renung sejenak..bawa lah diri kita kepada ilahi..
teringat aku akan ayat ini,,
SESUNGGUHNYA TANGAN ALLAH (KUASA) BERSAMA MEREKA YANG BERJEMAAH
wallahualam,,
sesungguhnya ilmu itu milik ALLAH