terasa lama rasanya tangan ini tidak menaip luahan rasa..mungkin kerana kekangan waktu yang memaksa untuk aku tidak menulis sesuatu..tidak mengapalah..mungkin ini namanya takdir seorang penuntut ilmu,,
jika,aku kenang kembali..pada semester yang lalu..banyak masa terluang,yelah mungkin kerana subjek permulaan yang agak 'ringan' jika nak dibandingkan dengan semester ini..alhamdulillah..berkat sokongan dari kawan-kawan yang selalu dibelakang tabir ku...membuatkan aku ingin berjuang sehabis baik..(walaupun ia tidak semudah bicara)
alhamdulillah,,semakin ramai sahabat2ku akan mendirikan rumah tangga,,subhanallah,,
husna baharudin yang telah mendirikan rumah tangga.mabrouk~ diucapkan..
sahabat baikku dunia akhirat,,maryam kamaludin yang juga bakal mendirikan rumah tangga pada april ini..hebat maryam,,tahniah..!
~aku teringat masa maryam ungkapkan yang dia akan mendirikan rumah tangga..terkejut,,ada juga linangan air mata yang berginang dimata ini...tahniah sahabat,,semoga dikau menjadi seorang isteri yang taat pada suaminya..moga kekal~ sehingga ke syurga ALLAH...amin ya rabbal alamin...::
syahera amira yang juga bakal menyusul,ezreena,mursyidah,aimin dan zaleha..subhanallah...hebatnya sahabat2ku..yelah itulah dinamakan jodoh kan shbt..?
pabila sampai waktunya pasti akan berlaku..
pabila ditanya tentang aku.? aku..?
hehe,,lambat lagi jika mahu disoal tentang jodoh..
status di fb yang agak mengemparkan seluruh shbt2 di fb..
"harap maaf..saya MUSYAZWANI ISAHAK telah dibooking lelaki yang beriman"
subhanallah,,ramai shbt2 yang setuju dan menanyakan adakah aku telah bertunang..?
bertunang..? huhu calon pun tiada shbt,,bagaimana mahu bertunang..?
sengaja aku meletakan status ku begitu,,supaya kalian kan terus mendoakan diri ini untuk mendapat lelaki yang beriman...
yalah,manakan tidak,aku bukan lah insan yang solehah,,aku mahu seseorang yang mampu menjadikan aku insan solehah..insyaallah..aku tahu janji ALLAH..
"lelaki yang baik,untuk perempuan yang baik"
tetapi aku juga impikan lelaki yang baik,,,dan masih dalam mengkoreksi diri untuk menjadi yang terbaik..insyaallah amin..ALLAH permudahkan jalan itu untukku,,
soal jodoh,biarlah....ALLAH maha tahu segalanya... :)
untuk pembelajaran dan ilmu..ya,,ilmu...!
aku sedang usaha keras untuk terus memahami setiap pembelajaran..subhanallah,,semakin umurku meningkat..semakin hebat pembelajaran yang aku harus hadapi...
mungkin mahu mematangkan akal dan fikiranku,,
insyaallah...
untuk sahabat2ku yang tersayang teruskan usaha kalian untuk memberi sokongan yang padu buat diri ini...
kalian sahabatku dunia akhirat,,amin :) |
malu rasanya,andai diri ini tidak memberikan yang terbaik buat kalian..syg kalian..!
kegembiraan yang dikongsi bersama akan ku terus rakamkan di minda ku ini..agar cinta persahabatan kita kan kekal ke firdausi ilahi..insyaallah amin..
akhir kata,,izinkan lah diri ini untuk memohon ampun dan maaf,andai selama ini ada diantara kita yang pernah terasa hati dengan kata2 dan perbuatan dari insan yang kerdil ini..maafkan aku,,,syg kalian..! ila jannah,..insyaallah
No comments:
Post a Comment