hari ini benar2 menyentuh hatiku..
kelas puan anita..
seusai puan mengajar kami..diteruskan dengan perbentangan kumpulan..hari ini kumpulan ke 10 dan 11 yang membentangkan tajuk mereka..
selepas itu puan anita datang kepada kami..aku,una,n shbt2 yang lain
beliau terus menanyakan kepada kami..
'saya da tunjuk kpd kamu video tentang zaman abasiyyah n semua2..?'
aku yang hanya mendengar terus mengatakan..'tidak'
aku tahu puan mahu menunjukkan kami sebuah video yang menyedarkan..
tapi sebelum itu,puan sempat menceritakan tentang beliau dan keluarga...
puan anita mempunyai 4orang anak..handsome+comel..kata puan anita..
subhanallah..puan,,nasib kita sama..ALLAH ambil ayah kita...
hmm,,mungkin disitu kesamaan nya..
tapi puan memang sgt hebat..!!
puan bawa ibu beliau ke mekah,anak2 yang bagiku masih muda..subhanallah..hebat..!!
puan terus memberi inspirasi kepada saya...saya juga menanam tekad untuk bawa ibu ke bumi yang suci lagi barakah..insyaallah amin..
selepas itu,puan terus membuka sebuah video yang berkaitan dengan tamadun islam..
allahuakbar..sungguh hebat zaman itu,,,
zaman RASULULLAH,
diikuti zaman KHULAFA' AR ASHIDIN,
disambung dengan zaman abbasiyyah n sebagainya..::
islam terus dipertahankan oleh SALAHUDIN AL-AYUBI..
hebat sungguh mereka..
dan islam terus diperluaskan oleh SULTAN MUHAMMED ALFATEH..:;
ya,,!! alfateh..sungguh aku mengkagumi baginda..
umur yang begitu muda,,,
memimpin tentera yang begitu hebat..
menjaga solat,menjaga amalan sunat,menjaga tahajud,segala2nya diperlihra..
mungkin itulah faktornya..kenapa tentera islam ALFATEH mampu berjaya..
sehinggakan baginda RASULULLAH juga menyebut tentangnya
“Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”
betapa hebatnya sultan muhammad alfateh dan para tenteranya..
puan anita ada juga menyatakan kepada kami...
siapakah antara kami yang bakal menggegarkan bumi tamadun islam zaman kini..???
siapa?
siapa wahai sahabat..?
wahai serikandialfateh..? siapa..?
adakah kau mahu mengoyangkan kaki dan menutup mata..
apa yang berlaku dengan dunia sekarang ini..?
jadi,,,bergerak lah wahai insan....!!!
kau lah permulaannya...
BCAR&law's
Tuesday, November 22, 2011
Monday, November 21, 2011
apakah dirimu merasai apa yang dirasai oleh diri ini..?
datang lagi...
kali ini benar2 menguji..
kali ini benar2 memberi aku tamparan yang hebat..
kali ini benar2 membuatkan hatiku menjadi gundah..
kau hadir mengubah aku..
kau hadir memberi aku semangat..
kau hadir membuatkan aku sentiasa inginkan yang terbaik..
wahai hati pinjaman ilahi..
aku berharap pilihanku kali ini..
tidak membuatkan aku dilema dengan harapan yang tinggi..
biarlah masa berlalu begitu sahaja..
aku tahu wahai hati ALLAH ada janjikan yang terbaik untuk aku..
tapi aku yakin dia yang terbaik..
biarpun selama ini aku banyak menitiskan air mata kerananya..
kerana cinta..
allahuakbar..sungguh pengalaman itu membuatkan aku matang..
pengalaman yang mengajar erti bagaimana rasanya kecewa..
pengalaman yang membuatkan aku tabah dan kuat..
pengalaman yang mengajarku erti eratnya persahabatan..
bismillhirahmanirahim
ya allah jika aku jatuh cinta ya allah...cintakanlah aku kepada hati yang sering tertaut dalam cintaMU..
agar bertambah cintaku kepadaMu
ya allah.. jika aku jatuh cinta...cintakan lah aku kepada insan yang mencintaiMu..
agar aku tidak jatuh didalam cinta palsu..
ya rabbana pelihara lah aku dari melampaui batas...
ya allah sesungguhnya Kau sebaik2 penolong...amin...
semoga diriku kan terus tabah...
astaghfirullah aladzim......
astaghfirullah aladzim......
allahuakbar..
wahai tuhan yang mencipta cinta...kurniakanlah aku INSAN yang benar2 aku ikhlas mencintainya...
~biarlah masa menjadi saksi,,aku ingin menuntut ilmu ALLAH dahulu....
insyaallah,semoga kita sama2 berjaya...

Tuesday, November 1, 2011
bersabarlah duhai hati..::
Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.- Artikel iluvislam.com
~setiap perkara yang ALLAH sediakn untukku adalah yang terbaik buatku..bukan untuk siapa2..maka harus aku bersabar..:)
serikandialfatehyangmenyintaiMU..~
Monday, October 17, 2011
ISTIKHARAH PILIHANKU..:::
soalan itu....!!
allah benar2 bermain difikiran..::
hanya gurauan atau menjadi realiti..?
allahuakbar..tapi hati kecil berkata 'andai dia betul2 menanyakan soalan itu dari hati atau sanubari..bagaimana..? adakah harus ku menerima nya...? atau..?? dia bergurau nie,,takkan mungkin dia serius..? dia bergurau sahaja..soalan itu..boleh saja ditanya oleh siapa2..
hmm,,setahu aku..selama ini...TAK PERNAH siapa2 menanya kan tentang itu..::
baik aku bersangka baik..mungkin dia hanya bergurau..manakan ya,,aku bukan lah sehebat sahabat2 kelas ku yang lain..mungkin rupa bukanlah menjadi pandanganya..aku yakin..tapi aku tidaklah se'solehah'...aku bukan lah ilmuan yang penuh di dada..
aku tidak layak untuk lelaki baik...tidak..! sama sekali tidak..::
kisah silam ku......
allah jika disingkap satu persatu..pasti tiada siapa mahu menjadikan aku suri...
tp ALLAH..!!
adakah aku tidak diberi peluang untuk bertaubat...?
adakah aku tidak diberi peluang untk menjadi yang terbaik..?
ALLAH.....KAU tuhanku maha pengasih dan penyayang,,KAU maha penerima taubat...::
ampunkan dosa2 yang telah aku lakukan selama ini..dosa2
yang diibaratkan seperti buih di lautan...:;
ALLAH...Kau yang menciptakan kasih sayang..maka Kau kurniakan aku untuk merasai kasih sayang itu...ya allah...Kau telah 'mengambil' ayah dari kami..lelaki yang terbaik di 'syurga' kami..
maka..Kau kurniakanlah lelaki yang terbaik untuk menghiasi taman syurga kami dan menceriakn hati ku sebagai ketua bidadarinya di syurga Mu nanti yaallah..:;
ya allah...aku tahu,,Kau mahu menguji hatiku..adakah mampu aku melawan segala mehnah..jadi ya allah aku menjadikan ISTIKHARAH pilihan terakhirku,,,,,,
biarlah....soalan itu berlalu......:
berlalu bersama ombak yang menghempas pantaiMu...:;
bersama alunan angin yang menyapa ke pipi...::
aku yakin ALLAH,,Kau telah menyediakn yang terbaik..amen..
aku benar2 yakin..
sekarang ini...aku harus fokus terhadap pelajaran ku...insyaallah anugerah dekan,,menjadi milikku..amin....
~serikandialfatehyangmerinduiMU~
Wednesday, October 12, 2011
perasaan itu milik ALLAH
alhamdulillah..aku masih dikurniakan nikmat iman dan jua islam..
ALLAH yang memberikan aku nikmat,harus aku bersyukur hanya buatNya..::
tapi..aku jua manusia biasa,,terkadang aku ada melakukan kesilapan seperti insan lain..
tidaklah ALLAH menjadikan aku hanya untuk beribadah kpdNYA,,tp sering aku ingkar dan leka akn perintah itu..ALLAH layak kah aku digelar pejuang agama ALLAH,,sdgkn aku sering leka dr mengingati Nya..malu nya aku dgn RASULULLAH..malunya aku dgn SAIDINA ABU BAKAR yang sering memikirkan kesejahteraan umat islam akn dtg.. ,,segannya aku dgn RABIATUL ADAWIYAH,seorang wanita sufi yang hanya mengabdikan diri dan hatinya buat ALLAH...
tidak pernah pun dihati mereka meletakkan dunia dihadapan mreka..::
~allahurabbi,,layakkah .???
kadang2 aku berjanji dgn diriku,,yang aku tidak mahu melakukan kesalahan dan aku ingin menjadi hamba ALLAH yang terbaik,,tapi,,,knp dgn aku..?? semakin berat dgn dosa...semakin berat dgn maksiat..subhanallah..:
usia yang muda aku tidak menggunakn dgn sebaiknya.,,malah aku hanya berseronok..
usia yang semakin hampir dgn kematian ini...hanya dipenuhi dgn gelak ketawa..ingatlah hakikat bhwa
~ Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Umar r.a. berkata: "Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. keluar kemasjid, tiba-tiba ada orang berbicara-bicara sambil tertawa, maka Nabi Muhammad s.a.w. berhenti didepan mereka dan memberi salam lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingati yang merosak kelazatan." Sahabat bertanya: "Apakah yang merosakkan kelazatan itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Mati." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. keluar melihat orang-orang sedang tertawa gelak-gembira, maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada mereka: "Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNyaandaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian dilai hari keluar pula dan melihat orang-orang sedang gelak ketawa sambil berbicara-bicara, makaNabi Muhammad s.a.w. memberi salam dan berkata: "Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang-orang yang asing pada hari kiamat." Ditanya: "Siapakah orang-orang asing itu pada hari kiamat?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ialah mereka yang memperbaiki dimasa kerosakan manusia." (Yakni jika manusia telah rosak moralnya (akhlak) maka mereka tetap memperbaiki akhlak mereka.)
astaghfirullah aladzim..tidak sekali ku sedar akan 'amaran' nabi..itulah kegemaranku..
gelak,gelak,gelak,,
tiap2 hari hati aku jauh dgn nikmat lazatnya beribadah,,nauzubillahiminzalik..
andai aku diambil nyawa dlm keadaan mengingati ALLAH,,,mungkin itulah yang menjadi idaman buatku..::
tapi andai sebaliknya..AKU mohon dgn kasih sayang ALLAH..agar dijauhi prkara2 seperti itu,,ameenn..
ya rabbul izzati..ingin aku beritahu lagi..::
HATIku ini..hnya buatMU..insyaallah..
~serikandialfatehyangmerinduiMU~
Tuesday, September 20, 2011
sekian lama aku tidak menaip sesuatu..alhamdulillah hari nie sedikit lapang..:)
kuliah dan kelas tutorial bnar2 membuatkn masaku mjadi padat..allah..sesungguhnya "DEMI MASA"
7 september 2011 mjadi permulaan untuk aku dan bakal2 sarjana muda terus berjuang di bumi usim..
hari kami dimulakan dgn majlis amanat dan ikrar....berjalan dgn penuh lancar,,alhamdulillah..
minggu ke 2 kami mula sbuk dgn kelas...
berebut2 berdaftar..untuk koko..mcm2 ragam.. :D
subhanallah......
assignment mula menyelbungi diri....byk nyeee...hm..itu namanye UNIVERSITI..ada berani..? hehe
kwn2 mula bangkit dari lena yg pnjg..setelah berbulan2 berehat di rumah..mungkin ada yg bekerja..mungkin hnya" mnjga rumah"..::
semoga aku tanah dan kuat...alhamdulillah..amin ya rabbal alamin

Monday, August 8, 2011
...::sujud sahwi:::...
~copy dari sahabat dunia akhirat~
semoga ia bermanfaat buat kita semua..:)
soalan : Saya seringkali diajarkan oleh beberapa ustadz tentang bacaan sujud sahwi dengan bacaan ketika sujud Subhaanal-ladzii laa yanaamu walaa yashuu atau Subhaanal-ladzii la yashuu walaa yanaamu. Di buku hadits manakah saya bisa mendapatkan lafadh sujud sahwi ini agar amalan saya menjadi mantap ?
Jawab : Sujud sahwi adalah sujud dua kali yang dilakukan karena lupa di dalam shalat yang dikerjakan sebelum atau sesudah salam. Sepanjang pengetahuan dan sumber yang kami miliki, tidak ada satupun riwayat khusus yang menjelaskan tentang bacaan sujud sahwi. Oleh karena itu, banyak ulama yang menyatakan bahwa bacaan sujud sahwi sama dengan bacaan sujud dalam shalat.
Ibnu Qudamah rahimahullah berkata : “Dan hendaklah dia membaca di dalam sujud (sahwi)-nya apa yang dibaca di dalam sujud dalam shalat, karena sujud sahwi tersebut merupakan sujud yang disyari’atkan serupa dengan sujud di dalam shalat” (Al-Mughni 2/432-433, Penerbit Hajar, Cet. 2, Th. 1412 H/1992 M).
Abu Muhammad bin Hazm (Ibnu Hazm) rahimahullah berkata : “Orang yang bersujud sahwi harus membaca di dalam kedua sujudnya : Subhaana rabbiyal-A’laa [سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى]; berdasarkan sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam (yang artinya) : “Jadikanlah ia (bacaan itu) di dalam sujudmu” (Al-Muhalla 4/170, tahqiq Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah).
Senada dengan pernyataan tersebut adalah fatwa para ulama dari Al-Lajnah Ad-Daaimah lil-Buhuts wal-Ifta’ (Komisi Tetap untuk Riset dan Fatwa) Saudi Arabia 7/149 nomor fatwa 5519.
Adapun pertanyaan yang Saudara tanyakan, maka kita serahkan kepada ahlinya, yaitu ulama besar hadits sepanjang jaman : Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani Asy-Syafi’i (pensyarah kitab Shahih Al-Bukhari – Fathul-Bari), dimana beliau berkata : “Aku telah mendengar sebagian para imam (ulama’) menghikayatkan bahwa seseorang disukai membaca di dalamnya (sujud sahwi) : [سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu (“Maha Suci Allah yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa)”. Kemudian beliau melanjutkan : “Aku tidak menemukan asalnya” [At-Talkhiishul-Habiir].
Dan benarlah apa yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar bahwa bacaan tersebut tidak bersumber pada kitab-kitab induk hadits. Atau dengan kata lain : Itu merupakan pendapat semata.
Kesimpulan : Bacaan sujud sahwi sebagaimana yang ditanyakan oleh Saudara Penanya bukan berasal dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, dan hendaklah ditinggalkan. Adapun yang disyari’atkan dibaca dalam sujud sahwi adalah sama dengan bacaan sujud dalam shalat. Allaahu a’lam.
semoga ia bermanfaat buat kita semua..:)
salam ukhwah dariku..
~serikandi alfateh..:::~
lama tangan tak menaip sesuatu...selama nie..byk "copy paste" ja..:)
alhamdulillah..atas permintaan seseorang aku mula menaip sikit demi sikit..::
demi AGAMA tercinta~
demi NEGARA tersayang..~
kalau kita tahu...khilafah islamiyah itu hadirnya dari daulah islamiyah..dan terbitnya daulah islamiyah dari mujtama' muslim...baitul muslim,yang utama...adalah FARDU MUSLIM..
yang bermaksud diri sendiri..
manakan 1 sebuah institusi itu kan terbit dgn baik,,jika diri tak disiapkn dgn baik...
ilmu kena mantap...kritikan yang membina amat diperlukan.bagi memulihkan institusi itu..::
~bagi diri sendiri...ilmu+amal+islam mesti dimantapkan...
~bagi baitul muslim.. zauj+zaujah yang soleh dan solehah..(mgharapkn yang mantap ilmunya..untuk membimbing diri ini...,)
~bagi mujtama muslim=institusi masyarakat yang mengamalkan islam sepenuhnya...
~bagi daulah islamiyah=mempertahankan islam dgn sebaik2 nya..bukan hanya duduk diam dan patuh dgn apa yang ada...
~bagi khilafah islamiyah..pastikan wujud jika semua peringkat yang disenRAikan terhasil,...amin..
tapi bilakah...?
siapakah yang akan mulakan..?
adakah alim ulama sahaja..?
adakah gerakan islam sahaja..?
adakah pemuda2 yang berkopiah sahaja..?
adakah pemudi yang bertudung labuh sahaja..?
siapakah kita semua..?
apa tanggungjwab kita semua...?
amanah kitaa..?
ingatlah semua ALLAH telah memberi amanah buat kita semua yang bergelar muslim+mu'min untuk mempertahankn islam yang tercinta...
jangan duduk goyang...jangan angguk geleng....
mari pertahnkan islam tercinta...~

Wednesday, August 3, 2011
ya rasulullah aku merinduimu...::
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam..
~copy dari hamba ALLAH....~
wallahu taa’la a’la waa’lam..
~copy dari hamba ALLAH....~
sungguh kasih dan sayang nabi kita terhadap kita..apakah balasan kita untuk rasulullah yang tercinta..?mana amalan kita khas buat nabi kita yang tersayang??
mari kita renungkn bersama..
Monday, August 1, 2011
pencinta agama ALLAH
pencinta agama ALLAH
Habibi
Setiap Manusia Pasti Punya
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata
Usah Taksub Taksiran Sendiri
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama
Habibi Janganlah Membenci
Hentikan Dari Saling Menyakiti
Habibi Hanya Jikalau Bersatu
Umahmu Akan Lebih Maju
Temanku Bersalamlah Selalu
Hormati Mereka Disekelilingmu
Temanku Marilah Kita Bersama
Menjadi Pejuang Agama
Tak Perlu Meninggikan Suara
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama
Hindari Rasa Benci Sesama Sendiri
Teguhkan Ikatan Antara Saudara
Teguhkan Ikatan Antara Saudara
~selamat berjuang wahai imam muda sekalian..semoga kalian lah bakal menyelamatkan negara kita yang tercinta ini...:
mungkin nasib negara kita terletak ditangan saya,anda dan semua...
...::peminat imam muda najdi2::....sahurku
sahur...::
~sunyi.....mgapa? rupanya..ayah tiada duduk bersila bersama kami..
~selalunya lepas sahur dgr bunyi motor keluar dr kwsn rumah..::eh? knp?
sbb tiada siapa yg akn pergi ke surau pada waktu subuh begini,,
~sebelum terawikh.akn dgr 1 tazkirah..tp....knp suara bdk2?? hm..ini kerana suara yang sering membaca itu sudah berada didalam bumi ALLAH..~
kini ia nya bagi tiada erti buat kami..yang pergi tetap kan pergi..
kami rasa kekosongan..semoga ALLAH lah tempat untuk kami meminta segala2nya..
selepas ini aku akn menjejakkn kaki ke ipt..pasti ibu dan adik kan kesunyian..
macam mana lah mereka..
adakah ibu kan meninggalkan teratak nurislin ini..?
ibu mahu tinggal jauh..jauh dari sini..mungkin berhampiran dgn tempat kerja ibu..adik pula ank menyusul angah..insyaallah ke sbpi...
itu bermakna ibu kan keseorangan...
kasihan ibu...:(
ibu..maafkan kami..andai kami tak pernah faham kesunyian ibu..
kami benar2 izinkan..andai ibu punya seseorang yang bisa mengantikan tempat ayah..kami sebagai anak2 hanya mampu bersetuju..ya! mmg benar,,tiada siapa mampu mgntikn ayah...
tapi kami usaha untuk terima se ada nya insan baru buat ibu...
bukan lah kami minta kekayaan..tapi kami meminta kasih sayang..
wahai pendampingku..andai kau membaca coretan ini..
ingin sekali,,aku beritahu.....
kau tempat aku mencurahkan segala kekosongan yang terbuku dihati ini...
maafkan diri ini,,andai aku tak sesempurna insan...::
aku mohon kegembiraan..
bukan lah kekasaran yang pernah aku terima sebelum ini...
mungkin ISLAM meletakkn yang terbaik buat ku,,tapi aku juga insan..yang punya hati dan perasaan..yang perlukan kelembutan...:
i need someone to talk with me...
i need someone to give me a new spirit....
siapa kah kau wahai pendampingku di syurga nanti...??
ramadhan..
tahun ini aku mengharapkan...aku melakukan yang terbaik..
semoga ramadhan ku kali ini..benar2 bererti buatku.....
~serikandialfateh..

Tuesday, July 19, 2011
IBU - Haddad Alwi feat. Farhan
salam kasih buatmu ibu..~
terima kasih amirul hafiz..dr wall fb enta ana jd sayang untuk mendengar dan hayati lagu ini..ia benar cukup bermakna buat ana..
kasih sayang yang dulu mjadi milik ayah tersayang~ kini keseluruhannya ku serahkan kpd ibu yang sentiasa myokongku..
.........
"bersinar kau bagai cahaya
yang selalu beriku penerangan
selembut sutra kasihmu 'kan
selalu rasa dalam suka dan duka
kaulah ibuku cinta kasihku
terima kasihku takkan pernah terhenti
kau bagai matahari yang selalu bersinar
sinari hidupku dengan kehangatanmu
bagaikan embun kau sejukkan
hati ini dengan kasih sayangmu
betapa kau sangat berarti
dan bagiku kau takkan pernah terganti
kaulah ibuku cinta kasihku
pengorbananmu sungguh sangat berarti
sinari hidupku dengan kehangatanm"
lirik ini benar2 menyentuh hatiku..semoga ibu terus kuat hadapi ujian yang telah di"sediakn" oleh ilahi buat ibu..ibu kuat ye..!
~serikandialfatehyangsmerinduiMu~
Friday, July 15, 2011
akhirnya...Universiti Sains Islam Malaysia [USIM] menjadi taruhan:::
"ASSALAMUALAIKUM"
bangun pagi terus rasa berdebar..huhu..bila lah kputusan nak keluar nie...??
takut terus menyelebungiku,,aku dapat ke tak dapat nti?? ALLAH Rabbi Yasir wala Tuasir..Ya Karim!..
aku terus menjalankan aktiviti ku di rumah spt biasa,hati masih berdegup kncang..
aku mmg tak pernah rase mcm nilah..serius sgt..
ber"ym" dgn cik iz dan cik tir,,buatkn aku terlupa seketika,,alhamdulillah..
sambil tunggu jam di komputer tepat pkul 12.00.."ah,masak dulu lah..! tapi..nk msk ape?? buntu la..." aduhai nk fkir msk pun jd buntu..musyaz2..
ha...that's time...!! aku cube.tp tak boleh..network bz katenye..ALLAH bak kate fatin nabilah ahmad "bukan dak maahad je nak cek upu result" kui3
cube jgk sms..hm nmpknye mmg tak lah heehhe :)
akhirnya shbtku aida ludin..tolong aku..:"wani..cube link nie,msti ok.."
ha..aku pun cbe..
taip pnye taip..ting!!!!
"tahniah!!
anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
............................ bla3..u pe ae??
ding dong....USIM laaa....!! isk3
sabar je,nk wt cne ketentuan ilahi kan..aku redha..
ape lg..telefon ibulah...
"bu,ay__ dpt USIM,,kos bla3.."
aku dgr jgk ibu mnangis.gembira agaknye..
tp tu la....aku tak sgke sme lak ngn.... tut3......ish..npe la..!!
hm,janjiku..aku pasti belajar bersungguh2..itu janjiku buat diriku sendiri...dan untuk ibu n adik2...
ayah,ayong dpt USIM..tp kn kalu ade ayah........:(
ayong rase msti ayah gmbira sgt...ayah..terima kasih ye..
USIM,
aku akn buktikan..
aku akan berjaya...
PASTI...
aku akn bawa segulung ijazah buat semua...amin...:)
~serikandialfatehyangmerinduiMu~

tunggu aku USIM..! |

Friday, July 8, 2011
riNduNya....Ya Allah...!!
"setiap insan akan mengalami kematian..."
tiba-tiba teringat kan seorang insan yang benar2 aku rindui...tamat sesi pembelajaran,,aku terus memecut NCM 2860 berwarna hijau ke tanah perkuburan islam yang sering dikunjungi oleh insan2 yang merindui org yang tesayang pergi menghadap ilahi..tidak terkecuali aku..rindu ayah..!!
aku bersihkan kubur ayah,dan terus msedekahkan alfatihah buatnya..semoga ayah bersama hambaNYA yang soleh..amin.:)
aku teringat bagaimana aku dikhabarkan ayah telah pergi selamanya...
kring..kring..kring...
"assalamualaikum,ayong atok nie..ayah dah takde nak..kuat ye..!"
ha? ayah dah takde,,,ayah..!!! knp yah? ayong rindu ayah..ayong tak jumpa ayah lagi..ayah sakit pun ayong tak jenguk kat hospital..yelah ayah kata "takpe yong,ayong kn nak STAM"
ala..tpi ayong nk blik jgk....:(
ayah tetap tak benarkan..yelah bila dgr angah nangis sbb ayah msuk hospital,aku nak sangatt..jumpa ayah dan peluk ayah..
rupa2nya..pelukan ayong ketika ayah demam drumah,itulah yang terakhir...::
panas leher ayah,,tp pling syahdu..malam tue ayong bg ayah alquran..minta ayah baca..ayah bukak surah yasin dan baca..ayah pegang alquran ayong...ye,,alquran tue ayah belikan untuk ayong kan??
ayah..ayong benar2 rindukan tawa,marah,lawak,senyuman yg pasti mcairkan setiap hati wanita..tak hairanlah,,knp ibu pilih ayah kan? :)
ayah...
ingin sekali ayong beritahu,ayong tak dapatkan kejayaan untuk ayah langsung,,
malunye dgn ayah.....hanya UPSR aku mampu bg kejayaan..yg len.......?
ayah maafkan ayong ye..
ayah....
bila ayah dah takde kan..?
kami semua teringat yang ayah pernah kata.."raya tahun nie kita pakai baju putih ye?"
"ayah nak cat kereta(honda) warna putih la.."
ha..tahun nie adik ayah nk kwen kita nk pakai baju ape ae? "warna putih la..''
semua...semua..semua...itu tanda ayah nak pergi rupanya..
ayah...:::
ini gambar terakhir ayah..:: waktu raya 2009.. |
dari anakmu...
~musyazwani~ ayong
~musyirah~angah
~musyafiqah~adik..
....::serikandi alfateh:::.....
Thursday, July 7, 2011
Aku Ingin Mencintai Mu.wmv
ya allah...aku bermohon...cintaku hanya untukMU ya allah..
aku tidak ingin lagi menikmati kasih sayang manusia yang sering buat aku kecewa..
Kau bantulah aku ya allah...
kau bantu aku untuk menjauhkan diri dari mana-mana lelaki ajnabi yang inginkan diriku hanya untuk mjadikan sebagai "patung permainan"
biarlah keikhlasan yang diungkapkan..ahh!! semuanya menipu..membohong!!
hanya untuk mjadikan ku sbg hiasan kebangaan rakan2.. kononya.."ae,aku ade kekasih! cantik tau..!,nak tgk tak gmbr die?"
ah,aku yang dapat dosa tue..fitnah lg...ish..tak nak lg aku ulangi kesilapan dulu..
ya allah...kau maha pengasih lagi maha penyayang,,sekiranya ada pejuangMU yang benar membantu aku dalam menegakkan agamaMU..
kau temukanlah kami..dalam keadaan aku benar2 bersedia....
biarlah cintaku untukMU yaallah...!!
~sesungguhnya aku pencintaMu ya allah~
rancangan yang penuh licik..!
sape sangka dalam ksibukan untuk BERSIH..ad pihak yg cuba untuk "tolong" membersihkan...
sungguh licik strategi mereka..jadi berhati2 lah...
http://milosuam.blogspot.com/2011/07/tujuan-beratus-baju-baju-bersih-20.html
jom tgk link nie ramai2....
sungguh licik strategi mereka..jadi berhati2 lah...
http://milosuam.blogspot.com/2011/07/tujuan-beratus-baju-baju-bersih-20.html
jom tgk link nie ramai2....
tanda-tanda KIAMAT علامات الساعة
sedang aku cuba membaca sebuah buku yang dibeli kedai popular yang berharga $.....
yang bertajuk tanda-tanda kiamat@dalam bahasa arab bermaksud..علامات الساعةaku benar2 tergamam dengan sebuah tajuk "Manusia Saling Berlumba Meninggikan Bangunan"
senuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah r.a,bahawa Rasulullah s.a.w
"tidak akan terjadi kiamat sebelum manusia berlumba2 mninggikan bangunan.tidak akn terjadi kiamat sebelum ada golongan besar berperang hebat,padahat tuntuan masing2 adalah sama"
jika difikir kembali terlalu byk bgunan yang tinggi didunia ini...
nie contoh2 bngunan yang msing2 berlawan untuk mnunjukkn mana yng mampu capai langit ALLAH..astaghfirullah....
MALAYSIA pun terLIBAT?? mmg ini mjadi kebanggaan warga msia kan?
hm,,ya allah agaknya esok,minggu depan akn berlaku kiamat..kita manusia yang lemah lagi tk tau semua rahsia nie,,cuma perlu bersedia..
ha yang nie bangunan paling tertinggi di dunia..kat DUBAI
agaknye nak tunjukkan sape hebat ae? dahsyat......
tak perlu lah guna kan rezeki yang ALLAH berikan semata2 untuk menunjukkan yang kita hebat..
tak de pe yang harta dunia yg kita akn bawa ke akhirat nanti...jom sama2 fikir........
~serikandialfateh~

bangunan BURJ,dubai.. |
tak perlu lah guna kan rezeki yang ALLAH berikan semata2 untuk menunjukkan yang kita hebat..
tak de pe yang harta dunia yg kita akn bawa ke akhirat nanti...jom sama2 fikir........
~serikandialfateh~
Tuesday, July 5, 2011
alhamdulillah....
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. ...
nie hadis nabi tau,,tntg kasih dan sayang..hm,,ble bce hadis nie,,teringat kat anak2 murid tercinta..
ustazah pun boleh,,kakak pun boleh,,mne2 lah yg penting awk semua hormat kat ustazah nie..syg ustazah kan?
ble la ustazah dpt jmpe awk lg,,lpas ustazah keluar ustzh nk smbg blaja kalian doakan ustazah ye..?
yang baik ngn ustzh,yg ustzh slalu "buli" belikan makanan,,jd "bodyguard" ustzh..ALLAH kngn smua tu,wlupunkte bru jmpe,,tp mahabbah rindu yg kte jalinkan terus terpaut,, ( ",)
bila darjah 6 tak msuk kelas(pg klas tmbhn kt sek.ren.) ade je yg duk temankn ustzh kt kelas..especially ASROL,,huhu asrol2,,
semuanya baik2 belaka,,wlupun kalian bkn kelas ustzh,,tp kalian rpt ngn ustzh,,huhu,,semoga tak lupa pesanan ustzh ye...syg awk semuaaa....!!
dah masuk sebulan aku mengajar kt sne,,sekolah agama rakyat,,dulu ak pn belaja kt cni,,mcm2 perangai yg ade,,
huhu..ble nak suruh solat asar,masing2 main bola jeee,,,pening kpala ustzh,,huhu td ank murid skit perut plak..allah anak2 murid ku amanah ku,,,kalian lah permata ustzh...hm,,harap semuanya kerana ALLAH..ustzh syg semua...
~serikandi alfateh~ syg kamu semua..::
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. ...
nie hadis nabi tau,,tntg kasih dan sayang..hm,,ble bce hadis nie,,teringat kat anak2 murid tercinta..
ustazah pun boleh,,kakak pun boleh,,mne2 lah yg penting awk semua hormat kat ustazah nie..syg ustazah kan?
ble la ustazah dpt jmpe awk lg,,lpas ustazah keluar ustzh nk smbg blaja kalian doakan ustazah ye..?
yang baik ngn ustzh,yg ustzh slalu "buli" belikan makanan,,jd "bodyguard" ustzh..ALLAH kngn smua tu,wlupunkte bru jmpe,,tp mahabbah rindu yg kte jalinkan terus terpaut,, ( ",)
bila darjah 6 tak msuk kelas(pg klas tmbhn kt sek.ren.) ade je yg duk temankn ustzh kt kelas..especially ASROL,,huhu asrol2,,
ha..yang pegang bola tue la ASROL..:: |
dah masuk sebulan aku mengajar kt sne,,sekolah agama rakyat,,dulu ak pn belaja kt cni,,mcm2 perangai yg ade,,
huhu..ble nak suruh solat asar,masing2 main bola jeee,,,pening kpala ustzh,,huhu td ank murid skit perut plak..allah anak2 murid ku amanah ku,,,kalian lah permata ustzh...hm,,harap semuanya kerana ALLAH..ustzh syg semua...
~serikandi alfateh~ syg kamu semua..::
Sunday, June 19, 2011
kuatlah wahai hati..::
ya allah....lamanya aku tak menaip..
meluahkan segala yang terbuku dihati selama ini..
masa,wang,tenaga untuk mbina masa hadapanku terus diperjuangkan...
ibu,adik,angah yg terus mceriakan hati ini..tawa kalian gurauan kalian mdamaikan hati yang kerinduan ini...
bila disingkap kmbali pasti ada air mata yang akan mgalir,,,,terus mgalir dgn penuh pengertian...
ingin sekali aku mgatakan yang aku rindu akan perhatianmu,ksih syg yang kau hadirkan,,,terlalu bermakna,tapi apakan daya masa telah berlalu...dan pasti akn terus berlalu....aku harus kuatkan diri dan tabahkan hati untuk mjadi QURRaTU AINI buatmu,,,itu janji ku buatmu....andai takdir mdahului sgala-galanya..aku redha..andai ditakdirkan perpisahan mjadi taruhan.....aku masih punya sahabat yang dari dulu aku mjejaki kn kaki di bumi tarbiyah diri...mereka terus beri sokongan yang padu...takkan ku lupakn jasa dan pengorbanan sahabat yang telah byk mbantu.......terus mceriakn hati dikala yang menyayangi "pergi" mgadap ilahi buat selama2nya....aku terharu,,,ALLAH kurniakn sahabat yang betul2 mdoakan aku......yang pasti akn bersama mjadi "bidadari ALLAH" di syurga disana nanti..insyaallah...amiinnnn.....

Subscribe to:
Posts (Atom)